Pengenalan Bagi Pelaksanan Perakaunan Akruan
Economic Transformation Programme (ETP) merupakan dasar yang telah dilancarkan oleh kerajaan bagi memperkasakan ekonomi negera ke arah mencapai negara maju pada tahun 2020. Bagi tujuan tersebut kerajaan telah mensasarkan peningkatan pendapat kasar negara (GNI). Walaubagaimapun sasaran ini sukar dicapai sekirannya kerajaan gagal mengawal displin fiskal yang ketat membuatkan kerajaan sukar untuk mengawal perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran.
Sehubungan dengan itu, pelaksanaan perakaunan akruan merupakan inisiatif penting kerajaan bagi meningkatkan akauntibiliti pengurusan kewanagan disamping mengawal displin fisikal negara dan negeri. Berdasarkan hasil Strategic Reform Initiative (SRI) Public Finance lab yang diadakan pada 21 Februari -1 April 2011 telah menetapkan pelaksanaan perakaunan akruan bagi kerajaan persekutuan pada tahun 2015 dan bagi kerajaan negeri akan dilaksanakan pada tahun 2016. YAB bekas Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan pelaksanaan perakaunan akruan di mesyuarat jawatankuasa pemandu Strategic reform Initiative-Public Finance Refrom (SRI-PFR) pada 11 Mei 2011.
Kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan melaksanakan pelaporan kewangan berasaskan Perakaunan Akruan pada tahun 2015 di peringkat Persekutuan dan diperingkat Negeri pada 2016. Justeru Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM) telah memutuskan untuk mengaplikasikan MPSAS sebagai standard yang akan digunakan dalam merancang dan melaksanakan Perakaunan Akruan kelak. Ini akan memberikan pendedahan tentang konsep asas perakaunan kerajaan, objektif dan matlamat pelaporan serta kepentingan perakaunan akruan kepada negara yang melihat outcome sebagai ukuran keberkesanan.
Definisi Perakaunan Akruan
Perakaunan merupakan satu proses mengenal pasti, mengelas, merekod dan meringkas semua urusniaga secara sistematik dalam nilai mata wang dan melaporkan kepada pihak yang berkepentingan atau pembuat keputusan.
Perakaunan Akruan adalah merupakan satu kaedah perakaunan di mana urusniaga diiktiraf apabila peristiwa ekonomi berlaku tanpa mengira bila terimaan tunai atau bayaran sebenar terjadi.
Berdasarkan kaedah ini hasil diiktiraf apabila ianya diperolehi dan perbelanjaan diiktiraf apabila tanggungan berlaku atau apabila sumber digunakan.
Ini berbeza dengan asas tunai di mana hasil dan belanja diiktiraf bila tunai diterima dan dibayar.
Perbandingan Asas Tunai Dan Asas Akruan
ASAS TUNAI | ASAS AKRUAN | |
---|---|---|
HASIL | Pengiktirafan dan perekodan hanya dibuat berdasarkan kepada penerimaan tunai. | Pengiktirafan dan perekodan dibuat apabila hasil telah dikenalpasti boleh atau layak diterima pada sesuatu masa walaupon tiada penerimaan tunai. |
BELANJA | Pengiktirafan dan perekodan hanya dibuat berdasarkan kepada penerimaan tunai. | Pengiktirafan dan perekodan dibuat apabila urusniaga perbelanjaan berlaku walaupun pembayaran belum dibuat. |
ASET | Dikenakan sepenuhnya kepada perbelanjaan pada masa ianya diperolehi. Tiada belanja susutnilai. | Diiktiraf dan direkodkan selama tempoh usia guna serta dipermodalkan. Susut nilai dikenakan sepanjang tempoh penggunaan. |
LIABILITI | Tidak diiktiraf dan direkodkan. | Tanggungan/Obligasi yang perlu dibayar tetapi belum dibuat bayaran akan diktiraf dan direkodkan. |
Kelebihan Dan Kebaikan Perakaunan Akruan
- Pelengkap kepada OBB
- Papar maklumat komitmen/liabiliti dan deposit
- Papar maklumat ABT/prabayar
- Pengurusan fiskal negara
- Pengurusan aset
Faedah Perakaunan Akruan
Akauntabiliti
|
|
---|---|
Mampan
|
|
Ukuran yang lebih baik ke atas kesan polisi
|
|
Kecekapan & keberkesanan organisasi
|
|
Meningkatkan Integriti
|
|