Unit Perolehan dan Pengurusan Aset
Objektif
- Memastikan semua perolehan Kerajaan adalah yang terbaik dan paling menguntungkan
- Memastikan semua perolehan Kerajaan diuruskan dengan cekap, telus dan saksama
Fungsi
- Menguruskan Permohonan Perolehan / Pelantikan Perunding secara Rundingan Terus.
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Jabatan / Agensi Negeri.
- Menguruskan Mesyuarat Rundingan Harga Secara Rundingan Terus bagi perolehan bekalan / perkhidtamatan / kerja yang melebihi RM 500,000.00 menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri.
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Peringkat Negeri setiap tiga (3) bulan sekali mengikut suku tahun.
- Menguruskan permohonan pelupusan-pelupusan Dan Hapus Kira daripada Jabatan Negeri untuk kelulusan YAB Ketua Menteri dan YB Pegawai Kewangan Negeri.
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pelupusan Dan Hapus Kira Daripada Jabatan Negeri .
- Menguruskan Permohonan Pengecualian daripada Tatacara Perolehan daripada Jabatan / Agensi.
- Memastikan Perjanjian Kontrak yang telah disediakan oleh Agensi disemak oleh YB Penasihat Undang-undang Negeri untuk ditandatangani YB Pegawai Kewangan Negeri.
- Menyemak Surat Setuju Terima yang telah disediakan oleh Jabatan / Agensi untuk ditandatangani YB Pegawai Kewangan Negeri.
- Memastikan urusan penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset alih Jabatan adalah teratur mengikut peraturan yang ditetapkan.
Senarai Aktiviti Unit
Carta Fungsi Unit