Objektif
- Menjadikan Unit Teknologi Maklumat sebagai pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan rakyat
- Membantu meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti pentadbiran dan pengurusan Jabatan
- Memastikan kakitangan JKPNM mendapat pendedahan kepada teknologi maklumat bagi memasuki Era Kerajaan Elektronik selaras dengan pembangunan pentadbiran negara
Fungsi
- Melakukan pengendalian kerosakan peralatan ICT JKPNM dan memastikan ianya diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja kecuali yang melibatkan perolehan alat ganti dan perkhidmatan.
- Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berkala (PM) server iSPEKS dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan iaitu sebanyak enam (6) kali setahun.
- Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala (PM) peralatan ICT Jabatan dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan iaitu sebanyak sekali setahun.
- Mengemaskini laman web Jabatan dari masa ke semasa.
- Memastikan prestasi semasa server-server Sistem Perakaunan Akruan (iSPEKS) di Pusat Data (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) beroperasi dengan lancar iaitu tahap jaminan 100%.
- Memastikan aplikasi Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS) beroperasi dengan lancar iaitu tahap jaminan 100%.
- Memastikan aduan pengguna melalui laman web dan emel JKPNM yang diterima dihantar ke Unit Pentadbiran untuk diberi maklumbalas kepada pengguna.
- Memastikan aplikasi Portal iSPEKS (slip gaji, penyata pendapatan tahunan dan makluman bayaran melalui internet) bagi data bulan September 2020 dan ke atas beroperasi dengan tahap jaminan 100%.
- Memastikan aplikasi sistem eSPEKS (slip gaji, penyata pendapatan tahunan dan makluman bayaran melalui internet) bagi data bulan September 2023 dan ke atas beroperasi dengan tahap jaminan 100%.
- Melaksanakan proses pembayaran gaji dan penghantaran data gaji ke bank dan agensi melalui server pada setiap bulan.
- Memastikan aplikasi sistem sokongan beroperasi dengan lancar. Sistem-sistem sokongan yang terlibat ialah :
- e-MBJ - membolehkan pemilihan jawatankuasa MBJ dilakukan secara atas talian.
- Sistem pendaftaran surat secara atas talian (e-surat) - merekod surat masuk dan keluar secara atas talian.
Senarai Aktiviti Unit
Carta Fungsi Unit