Perutusan Pegawai Kewangan Negeri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya laman sesawang Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM) dapat dibangunkan dengan jayanya.

Laman sesawang ini dibangunkan sebagai platform untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada masyarakat umum berhubung info korporat dan aktiviti JKPNM serta polisi kewangan Kerajaan Negeri Melaka.  Selain itu, ia juga membolehkan orang awam mengemukakan sebarang pandangan dan maklum balas bagi tujuan penambahbaikan proses kerja sedia ada. Sesungguhnya penggunaan teknologi terutamanya dalam bidang komunikasi dan informasi amat penting bagi memperhebat sistem penyampaian awam dan prestasi sesebuah organisasi terutamanya melalui maklumbalas yang diterima secara terus daripada para pelanggan.

Justeru, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua warga JKPNM atas segala sokongan, komitmen dan sumbangan mereka dalam memantapkan lagi pentadbiran JKPNM. Semoga warga JKPNM akan terus berganding bahu bersama saya untuk memastikan kecemerlangan JKPNM dikekalkan. Selain itu, bagi pihak warga kerja JKPNM, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk melayari laman sesawang rasmi JKPNM.

Akhir kata, adalah diharapkan dengan terhasilnya laman sesawang ini para pengunjung dapat memperoleh maklumat yang diperlukan serta dapat berkongsi pandangan dan idea yang boleh membantu JKPNM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya. Insya-Allah, laman sesawang ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai salah satu usaha untuk menyedia dan menyalur informasi secara berkala kepada orang ramai.

Sekian, terima kasih.
 

YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh