KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA

Tujuan

  • Memajukan kegiatan-kegiatan sosial, kebudayaan dan sukan di antara ahli
  • Memberi galakan kepada ahli-ahli supaya melawat tempat-tempat luar
  • Mengadakan kepada ahli-ahli kemudahan-kemudahan sosial, saling bantu-membantu (kebajikan) dengan syarat kelab tidak boleh menjalankan kegiatan sebagai sebuah pertubuhan faedah bersama seperti tercatit di Seksyen (a) Akta Pertubuhan 1966
  • Menerima bantuan dari pihak-pihak tertentu dalam bentuk wang tunai atau benda

Keahlian

  • Ahli biasa kelab ini terbuka kepada semua kakitangan awam selagi masih bekerja di dalam Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka
  • Kakitangan-kakitangan jabatan kerajaan yang lain boleh menjadi ahli bersekutu tetapi mereka tidak mempunyai kuasa mengundi dan tidak boleh memegang jawatan
  • Jawatankuasa adalah mempunyai kuasa untuk mempelawa bekas kakitangan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka untuk menjadi ahli seumur hidup kelab, yang mana ia akan berhak mendapat segala keistimewaan-keistimewaan sebagaimana ianya seorang ahli tanpa membayar apa-apa yuran atau apa-apa bayaran khas. Ahli seumur hidup tidak berhak mengundi atau memegang jawatan dalam jawatankuasa kelab
  • Dengan sokongan jawatankuasa dalam mana-mana mesyuarat agung, ahli-ahli kelab yang telah membuat jasa kepada masyarakat dan persatuan boleh dipilih menjadi ahli kehormat kelab, yang akan dipilih seumur hidup atau bagi tempoh-tempoh yang tertentu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh jawatankuasa, dan ianya berhak mendapat segala keistimewaan sebagai seorang ahli tetapi tidak berhak mengundi atau memegang jawatan dalam jawatankuasa kelab

Jawatankuasa

Pentadbiran kelab ini akan diamanahkan kepada satu jawatankuasa yang mengandungi seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan 5 orang Jawatankuasa yang dipilih pada setiap 2 tahun sekali dalam mesyuarat agung. Ini terkecuali bagi jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang terlantik secara automatik oleh sesiapa yang menjawat jawatan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri bagi jawatan Pengerusi dan Bendahari Negeri bagi jawatan Timbalan Pengerusi. Semua Jawatankuasa kecuali dua jawatan teratas hendaklah dicadang, disokong dan dipilih dalam mesyuarat agung yang berkaitan

SENARAI AHLI JAWATANKUASA SESI  2022-2024

JAWATAN NAMA
PENAUNG Datuk Salhah Binti Salleh
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
PENGERUSI Pn. Sabrina Binti Thalas
TIMBALAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
TIMBALAN PENGERUSI En. Suzaiman Bin Elias@Alias
BENDAHARI NEGERI
SETIAUSAHA Pn. Hazlina binti Masro
PENOLONG SETIAUSAHA Pn. Norhailiz binti Patah
BENDAHARI Pn. Norul Aisyah binti Ibrahim
PENOLONG BENDAHARI Pn. Nur Farhana binti Kamaludin
PENGERUSI BIRO  BIRO EKONOMI
En. Mohd Dzulkarnain bin Baharuddin
BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL
Pn. Siti Noraishah binti Abdul Ghani
BIRO AGAMA
En. Muhammad Azizi bin Jamingan
BIRO SUKAN
Pn. Munira binti Ali
BIRO WANITA
Pn. Adni fatem binti Abd. Malik
PEMERIKSA KIRA-KIRA   PEMERIKSA KIRA-KIRA  1
Pn. Maidatul Idawiyah binti Mohd Noor
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
Pn. Nur Izzura binti Othman

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
STATISTIK PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE NEGERI MELAKA # #
#
# # # # # #

Privacy Policy

back to top