Objektif
Menentukan jabatan-jabatan Kerajaan Negeri diberi peruntukan kewangan sewajarnya untuk digunakan dengan cekap dan berkesan melalui pemeriksaan dan penganalisisan rancangan-rancangan dan program-program serta menyelia pinjaman Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dan Pinjaman Kerajaan Negeri kepada Badan-Badan Berkanun.
Fungsi
- Mengurus dan menyediakan belanjawan tahunan Kerajaan Negeri
- Membuat pemeriksaan dan memperakukan perbelanjaan tahunan mengurus, pembangunan dan hasil kerajaan
- Menyelia pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan pinjaman Kerajaan Negeri kepada Badan-Badan Berkanun
- Memperakukan permohonan peruntukan baru, peruntukan tambahan dan lain-lain
- Menyelia dan mengkaji prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan
- Menyelia pengurusan hasil Kerajaan Negeri
- Mengurus tuntutan pemberian-pemberian dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
- Mengkaji, menyelia dan memperakukan permohonan perjawatan dari agensi-agensi
- Mengkaji prestasi kewangan kerajaan masa ke semasa