Pencapaian Piagam Pelanggan

Jabatan Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Melaka Sehingga 29 Februari 2024 :

BIL
PERKHIDMATAN
TEMPOH MASA
STATUS PENCAPAIAN KESELURUHAN (%)
1.
Tempoh pembayaran bil/tuntutan Tidak lewat daripada empat belas (14) hari dari tarikh bil/tuntutan diterima dengan sempurna
100
2.
Bayaran emolumen penjawat awam Kerajaan Negeri Melaka Pada tarikh emolumen yang ditetapkan dalam Surat Arahan Operasi Pejabat Perbendaharaan Negeri
100
3. Tempoh resit perbendaharaan dijana/dikeluarkan Dua (2) hari bekerja dari tarikh penyata pemungut lengkap disediakan oleh PTJ. 100
4.
Pengeluaran penyata gaji Dua (2) hari sebelum emolumen dibayar kepada penjawat awam Kerajaan Negeri Melaka
100
5.
Permohonan pinjaman kenderaan dan komputer dimaklumkan keputusannya kepada pemohon Lima (5) hari bekerja
100
6.
Permohonan pindah peruntukan dimaklumkan keputusannya kepada jabatan yang memohon Tujuh (7) hari dari tarikh terima permohonan
100
7.
Tempoh laporan naziran dikeluarkan kepada Jabatan Tiga puluh (30) hari dari tarikh selesai pengauditan/mesyuarat penutup/dokumen akhir diterima dari PTJ
100
8.
Setiap Aduan yang diterima diberi maklumbalas Diselesaikan dalam tempoh (15) hari bekerja
100