KEAHLIAN JAWATANKUASA PELAKSANA PERAKAUNAN AKRUAN (iSPEKS) NEGERI MELAKA
- Pengerusi : Pegawai Kewangan Negeri
- Ahli-ahli :
- Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
- Timbalan Pegawai Kewangan Negeri
- Bendahari Negeri
- Wakil Jabatan Akauntan Negara Malaysia
- Ketua Sistem Maklumat Negeri
- Ketua Pengurusan Sumber Manusia Negeri
- Ketua Audit Dalam Negeri
- Urusetia: Pejabat Bendahari Negeri
TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PELAKSANA iSPEKS NEGERI
- Bertanggungjawab melaksanakan iSPEKS di Negeri;
- Memantau kualiti aplikasi serta perkhidmatan sokongan ke Negeri mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
- Bertanggungjawab terhadap aktiviti pengumpulan data baki awal semua aset dan liabiliti;
- Menyelesaikan isu-isu operasi dan teknikal berkaitan pelaksanaan iSPEKS di Negeri;
- Menyelesaikan sebarang isu berbangkit di antara Negeri, pakarunding dan pembekal;
- Melaporkan status kemajuan pelaksanaan iSPEKS di Negeri ke Jawatankuasa Teknikal SAGA, Jabatan Akauntan Negara Malaysia;
- Mengenal pasti dan memantau latihan operasi dan teknikal serta pengurusan perubahan
- Menyelaras dan memantau program pemindahan teknologi (TOT)
Kekerapan Mesyuarat : 2 kali setahun atau mengikut keperluan.
KEAHLIAN JAWATANKUASA PASUKAN PETUGAS PERAKAUNAN AKRUAN (iSPEKS) NEGERI MELAKA
- Pengerusi : Bendahari Negeri
- Ahli-ahli :
- Penolong Bendahari
- Wakil pegawai perakaunan/ kewangan
- Wakil pegawai teknikal
- Semua Penolong Akauntan Negeri
- Urusetia: Pejabat Bendahari Negeri
TERMA RUJUKAN PASUKAN PETUGAS iSPEKS NEGERI
- Memastikan keperluan pengguna telah diambilkira dalam pembangunan iSPEKS;
- Melaksanakan iSPEKS di Negeri;
- Memastikan kualiti aplikasi serta perkhidmatan sokongan ke Negeri mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan;
- Melaksanakan pengumpulan data baki awal semua aset dan liabiliti;
- Mengesahkan semua ujian penerimaan iSPEKS;
- Mengenalpasti dan melaporkan isu-isu operasi dan teknikal berkaitan pelaksanaan iSPEKS di Negeri ke Jawatankuasa Pelaksana iSPEKS Negeri;
- Melaporkan sebarang isu berbangkit di antara Negeri, pakarunding dan pembekal ke Jawatankuasa Pelaksana iSPEKS Negeri;
- Melaksanakan latihan teknikal dan operasi serta khidmat nasihat kepada pengguna dalam pelaksanaan iSPEKS di Negeri;dan
- Melaksanakan program pemindahan teknologi (TOT) dan pengurusan perubahan (change management).
Kekerapan Mesyuarat : 4 kali setahun atau mengikut keperluan.