KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA
Tujuan
- Memajukan kegiatan-kegiatan sosial, kebudayaan dan sukan di antara ahli
- Memberi galakan kepada ahli-ahli supaya melawat tempat-tempat luar
- Mengadakan kepada ahli-ahli kemudahan-kemudahan sosial, saling bantu-membantu (kebajikan) dengan syarat kelab tidak boleh menjalankan kegiatan sebagai sebuah pertubuhan faedah bersama seperti tercatit di seksyen (a) akta pertubuhan 1966
- Menerima bantuan dari pihak-pihak tertentu dalam bentuk wang tunai atau benda
Keahlian
- Ahli biasa kelab ini terbuka kepada semua kakitangan awam selagi masih bekerja di dalam jabatan kewangan dan perbendaharaan negeri
- Kakitangan-kakitangan jabatan kerajaan yang lain boleh menjadi ahli bersekutu tetapi mereka tidak mempunyai kuasa mengundi dan tidak boleh memegang jawatan
- Jawatankuasa adalah mempunyai kuasa untuk mempelawa bekas kakitangan jabatan kewangan dan perbendaharaan negeri melaka untuk menjadi ahli seumur hidup kelab, yang mana ia akan berhak mendapat segala keistimewaan-keistimewaan sebagaimana ianya seorang ahli tanpa membayar apa-apa yuran atau apa-apa bayaran khas. Ahli seumur hidup tidak berhak mengundi atau memegang jawatan dalam jawatankuasa kelab
- Dengan sokongan jawatankuasa dalam mana-mana mesyuarat agung, ahli-ahli kelab yang telah membuat jasa kepada masyarakat dan persatuan boleh dipilih menjadi ahli kehormat kelab, yang akan dipilih seumur hidup atau bagi tempoh-tempoh yang tertentu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh jawatankuasa, dan ianya berhak mendapat segala keistimewaan sebagai seorang ahli tetapi tidak berhak mengundi atau memegang jawatan dalam jawatankuasa kelab
Jawatankuasa
Pentadbiran kelab ini akan diamanahkan kepada satu jawatankuasa yang mengandungi seorang pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan 5 orang jawatankuasa yang dipilih pada setiap 2 tahun sekali dalam mesyuarat agung. Ini terkecuali bagi jawatan pengerusi dan naib pengerusi yang terlantik secara automatik oleh sesiapa yang menjawat jawatan timbalan pegawai kewangan negeri bagi jawatan pengerusi dan bendahari negeri bagi jawatan naib pengerusi. Semua jawatankuasa kecuali dua jawatan teratas hendaklah dicadang, disokong dan dipilih dalam mesyuarat agung yang berkaitan
SENARAI AHLI JAWATANKUASA SESI 2018-2020
JAWATAN | NAMA |
---|---|
PENAUNG | Datuk Zaidi Bin Johari |
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI | |
PENGERUSI | Pn. Sabrina Binti Thalas |
TIMBALAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI | |
TIMBALAN PENGERUSI | Cik Norifah Binti Nordin |
BENDAHARI NEGERI | |
SETIAUSAHA | Pn. Nasrin Nadirah Binti Mohd Sah |
PENOLONG SETIAUSAHA | Pn. Azliana Binti Mohamd Amin |
BENDAHARI | Cik. Norfaizah Binti Hassan |
PENOLONG BENDAHARI | Pn. Noor Rusydah Binti Nordin |
PENGERUSI BIRO | BIRO EKONOMI |
En. Wilson Lim Tien Huat | |
BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL | |
Pn. Noor Ashikin Binti Janudin | |
BIRO AGAMA | |
En. Muhammad Aliff Haiqal Bin Hamdzah | |
BIRO SUKAN | |
En. Nazri Bin Saring | |
BIRO WANITA | |
Pn. Suraya Binti Saad | |
PEMERIKSA KIRA-KIRA | PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 |
Cik. Puhnitha Devi a/p Durairaju | |
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 | |
Pn. Roslinda Binti Latib |