SEKSYEN PENGURUSAN PERAKAUNAN
Objektif
- A. UNIT AKAUN
- Memastikan Penyata Kewangan Negeri Melaka yang menggambarkan kedudukan kewangan sebenar dapat dibentangkan dengan sewajarnya di Dewan Undangan Negeri.
- Memastikan akauntabiliti dan ketelusan terhadap pengurusan dan penyelenggaran akaun-akaun Subsidiari di bawah kawalan serta urusan-urusan yang berkaitan dengannya.
- B. UNIT PENGURUSAN PENGURUSAN BANK, DANA DAN TERIMAAN
- Memastikan aliran tunai masuk dan keluar Kerajaan Negeri diurus dan diperakaunkan dengan sewajarnya.
- Memastikan penilaian keperluan tunai Kerajaan Negeri dapat membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pelaburan yang menguntungkan dan menambahkan nilai aliran tunai Kerajaan Negeri.
- Memastikan simpanan tetap kerajaan Negeri diuruskan dan diperakaunkan dengan cekap teratur.
Fungsi
- A. UNIT AKAUN
- Menyediakan Laporan Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri Melaka bagi pengauditan dan pembentangan di Dewan Undangan Negeri.
- Menyediakan jawapan teguran Audit yang berkaitan dengan pengesahan Penyata Kewangan Negeri Melaka.
- Menyedia dan menyemak Laporan Mingguan Prestasi Kewangan Negeri Melaka.
- Mengurus dan menyelenggara akaun-akaun Subsidiri bagi Pinjaman Komputer, Kenderaan, Kenderaan ADUN dan Perumahan ADUN serta urusan-urusan yang berkaitan dengannya.
- Mengurus dan menyemak akaun-akaun Subsidiari bagi Akaun Amanah dan Deposit.
- Mengurus dan menyemak akaun-akaun Panjar Wang Runcit dan Panjar Khas Bencana bagi semua Jabatan/ PTJ dibawah Kerajaan Negeri Melaka.
- Menguruskan Akaun Amanah bagi cek/EFT terbatal.
- Menyemak dan mengurus Akaun Amanah bagi Cek Tak Laku untuk tindakan semua Jabatan/PTJ.
- 9. Menyedia, menyemak dan melulus dokumen-dokumen berikut:
- Baucar Jurnal dari semua Jabatan/PTJ.
- Baucar bayaran bagi penggantian cek/eft terbatal.
- Waran peruntukan bagi semua Jabatan/PTJ.
- Menyediakan Pekeliling Penutupan Akaun Tahunan Perbendaharaan.
- Mengurus dan menyemak permohonan perwujudan/pindaan/pembatalan Kod-kod Perakaunan bagi Kerajaan Negeri Melaka.
- Menyemak Laporan Akaun Belum Terima yang diterima daripada semua Jabatan/PTJ dan menyediakan Laporan ABT bagi Kerajaan Negeri Melaka.
- B. UNIT PENGURUSAN PENGURUSAN BANK, DANA DAN TERIMAAN
- Mengurus dan memperakaun aliran masuk dan keluar tunai Kerajaan Negeri Melaka.
- Menganalisa keperluan tunai Kerajaan Negeri bagi memastikan Kerajaan Negeri sentiasa mempunyai tunai yang mencukupi untuk menampung pembayaran.
- Menyemak dan memantau baki bank harian.
- Menyediakan Penyata Penyesuaian bagi Bank Bayaran, EFT dan Terimaan.
- Menyedia, menyemak dan meluluskan dokumen-dokumen berikut:
- Penyata Pemungut.
- Baucar bayaran bagi caj bank.
- Permohonan Bank Deraf dan pemindahan telegraf.
- Pemindahan wang antara bank.
- Memperakaunkan terimaan daripada sistem e-bayar dan mengemaskini terimaan tersebut di dalam sistem SPEKS.
- Menguruskan pemindahan dana bayaran secara EFT dan Pemindahan Telegraf.
- Memperakaunkan semua terimaan yang diterima ke Akaun Bendahari Negeri.
- Memberi cadangan untuk keperluan pelaburan jangka pendek dan jangka panjang serta REPO bagi menambah nilai aliran tunai kepada Kerajaan Negeri.
- Menguruskan simpanan tetap bagi lebihan tunai di Akaun Bendahari Negeri dari semasa ke semasa.
Carta Fungsi Unit