SEKSYEN OPERASI PERAKAUNAN
Objektif
- Memastikan bayaran dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh terima baucar bayaran yang lengkap.
- Memastikan bayaran dibuat mengikut prosedur/peraturan/pekeliling/arahan operasi terkini dan masih berkuatkuasa.
- Memastikan terimaan dan hasil diperakaunkan mengikut peraturan dan undang-undang serta diselenggara dengan baik.
Fungsi
- A. UNIT OPERASI/SEMAKAN
- Menyemak dan meluluskan baucar bayaran dan baucar Jurnal (pukal).
- Menyemak dan meluluskan permohonan bayaran di bawah AP58(a).
- Menguruskan permohonan Jabatan untuk mewujudkan dan membatalkan akaun pukal.
- Menguruskan pungutan hasil yang diterima melalui kaunter/secara online.
- Menguruskan permohonan pemusnahan dokumen kewangan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Melaka.
- Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan berhubung prosedur-prosedur kewangan yang berkuatkuasa.
- B. UNIT GAJI
- Menyemak dan melulus bayaran gaji kakitangan Kerajaan Negeri Melaka melalui sistem payroll dan baucar berasingan.
- Menguruskan potongan gaji ke agensi setiap bulan.
- Menyemak dan mengesahkan butiran maklumat Sijil Gaji Akhir yang diterima daripada Jabatan.
- Menguruskan permohonan penahanan gaji atas permintaan Jabatan.
- Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan berhubung prosedur-prosedur pembayaran gaji.