Pengenalan Bagi Pelaksanan Perakaunan Akruan

 

 

 

 

 

 

Economic Transformation Programme (ETP) merupakan dasar yang telah dilancarkan oleh kerajaan bagi memperkasakan ekonomi negera ke arah mencapai negara maju pada tahun 2020. Bagi tujuan tersebut kerajaan telah mensasarkan peningkatan pendapat kasar negara (GNI). Walaubagaimapun sasaran ini sukar dicapai sekirannya kerajaan gagal mengawal displin fiskal yang ketat membuatkan kerajaan sukar untuk mengawal perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan perakaunan akruan merupakan inisiatif penting kerajaan bagi meningkatkan akauntibiliti pengurusan kewanagan disamping mengawal displin fisikal negara dan negeri. Berdasarkan hasil Strategic Reform Initiative (SRI) Public Finance lab yang diadakan pada  21 Februari -1 April 2011 telah menetapkan pelaksanaan perakaunan akruan bagi kerajaan persekutuan pada tahun 2015 dan bagi kerajaan negeri akan dilaksanakan pada tahun 2016. YAB Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan pelaksanaan perakaunan akruan di mesyuarat jawatankuasa pemandu Strategic reform Initiative-Public Finance Refrom (SRI-PFR) pada 11 Mei 2011. 

Kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan melaksanakan pelaporan kewangan berasaskan Perakaunan Akruan pada tahun 2015 di peringkat Persekutuan dan diperingkat Negeri pada 2016. Justeru Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM) telah memutuskan untuk mengaplikasikan MPSAS sebagai standard yang akan digunakan dalam merancang dan melaksanakan Perakaunan Akruan kelak. Ini akan memberikan pendedahan tentang konsep asas perakaunan kerajaan, objektif dan matlamat pelaporan serta kepentingan perakaunan akruan kepada negara yang melihat outcome sebagai ukuran keberkesanan.

DEFINISI PERAKAUNAN AKRUAN

Perakaunan merupakan satu proses mengenal pasti, mengelas, merekod dan meringkas semua urusniaga secara sistematik dalam nilai mata wang dan melaporkan kepada pihak yang berkepentingan atau pembuat keputusan. 

Perakaunan Akruan adalah merupakan satu kaedah perakaunan di mana urusniaga diiktiraf apabila peristiwa ekonomi berlaku tanpa mengira bila terimaan tunai atau bayaran sebenar terjadi.

Berdasarkan kaedah ini hasil diiktiraf apabila ianya diperolehi dan perbelanjaan diiktiraf apabila tanggungan berlaku atau apabila sumber digunakan.

Ini berbeza dengan asas tunai di mana hasil dan belanja diiktiraf bila tunai diterima dan dibayar.

 

PERBANDINGAN ASAS TUNAI DAN ASAS AKRUAN

  ASAS TUNAI  ASAS AKRUAN
HASIL Pengiktirafan dan perekodan hanya dibuat berdasarkan kepada penerimaan tunai. Pengiktirafan dan perekodan dibuat apabila hasil telah dikenalpasti boleh atau layak diterima pada sesuatu masa walaupon tiada penerimaan tunai.
BELANJA Pengiktirafan dan perekodan hanya dibuat berdasarkan kepada penerimaan tunai. Pengiktirafan dan perekodan dibuat apabila urusniaga perbelanjaan berlaku walaupun pembayaran belum dibuat.
ASET Dikenakan sepenuhnya kepada perbelanjaan pada masa ianya diperolehi. Tiada belanja susutnilai. Diiktiraf dan direkodkan selama tempoh usia guna serta dipermodalkan. Susut nilai dikenakan sepanjang tempoh penggunaan.
LIABILITI Tidak diiktiraf dan direkodkan. Tanggungan/Obligasi yang perlu dibayar tetapi belum dibuat bayaran akan diktiraf dan direkodkan.

 

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN  PERAKAUNAN AKRUAN

  • PELENGKAP KEPADA OBB
  • PAPAR MAKLUMAT KOMITMEN/ LIABILITI DAN DEPOSIT
  • PAPAR MAKLUMAT ABT/ PRABAYAR
  • PENGURUSAN FISKAL NEGARA
  • PENGURUSAN ASET

 

FAEDAH PERAKAUNAN AKRUAN

Akauntabiliti
  • Perakaunan bagi penggunaan sumber.
  • Peningkatan pengurusan kewangan serta prestasi setiap agensi.
Mampan
  • Memudahkan pengurusan hasil setiap agensi.
  • Menggalakkan ekuiti inter generasi dalam polisi  awam.(Intergenerational equity).
Ukuran yang lebih baik ke atas kesan polisi
  • Pengukuran yang lebih efektif dalam melengkapkan hasil kerangka OBB.
  • Akauntabiliti yang lebih baik terhadap kerajaan.
Kecekapan & keberkesanan organisasi
  • Pelengkap kepada OBB
  • Pengkosan output diukur berbanding outcome.
Meningkatkan Integriti
  • Menghalang berlebih-lebihan dan keterlaluan dalam perbelanjaan.
  • Menggalakan ketelusan.
  • Meminimakan perbelanjaan hujung tahun.(year end shopping)
  • Seiring dengan negara maju.

Portal MelakaSistem Pengurusan Aduan AwamIntranet MelakaPortal HRMISPortal e-Bil MelakaSistem eSPEKS

MyGovernementLaman Web JPMPortal Rasmi MAMPULaman Web KSNGerbang SMSMDEC

PENAFIAN :  Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku dan tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.
Hak Cipta © 2014, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka.
Peta Laman | Soalan Lazim | Dasar Privasi dan Keselamatan