Profil

PENGENALAN
Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka adalah sebuah jabatan yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Kewangan Negeri Melaka dan menyediakan Akaun Tahunan Negeri. Jabatan ini diketuai oleh YB Pegawai Kewangan Negeri. YB Pegawai Kewangan Negeri adalah bertanggungjawab menggubal dasar dan mewujudkan strategi Belanjawan Negeri dan mencari punca-punca hasil bagi menambah hasil negeri bersesuaian dengan kehendak Belanjawan Tahunan Negeri Melaka.

 

VISI
Mengurus dan mentadbir kewangan negeri melalui pengagihan sumber kewangan, pengurusan perakaunan dan kawalan perbelanjaan secara cekap, berkesan dan akauntabiliti.

 

MISI
Menjadi organisasi unggul dalam Pengurusan Kewangan Negeri.

 

OBJEKTIF
Objektif Jabatan Kewangan & Perbendaharaan Negeri Melaka adalah:

  • Menggubal dan melaksanakan dasar kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Negeri secara berterusan.
  • Menguruskan sumber pendapatan Negeri secara berkesan dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat.
  • Mempastikan pengurusan perbelanjaan Negeri secara berhemah dan telus.

 

FUNGSI
Fungsi Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri adalah :

  • Mengawasi dan memastikan kutipan hasil negeri mencapai tahap maksima.
  • Menggerakkan pembangunan sosio-ekonomi negeri melalui pengagihan sumber kewangan yang ekonomik dan berkesan.
  • Meningkatkan prestasi jabatan ke tahap yang cemerlang.
  • Meningkatkan kecekapan pentadbiran kewangan jabatan-jabatan negeri.

 

STRATEGI
Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka telah merancang beberapa strategi yang dapat membantu Kerajaan Negeri bagi memantapkan kedudukan kewangan dan meningkatkan sosio-ekonomi negeri. Strategi-strategi tersebut adalah :

  • Menganalisa, memeriksa dan menyediakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan negeri.
  • Mengawasi, menyelaras dan melaporkan kutipan hasil negeri supaya mencapai tahap maksima.
  • Mengawal dan mengakaun perbelanjaan negeri untuk mengelakkan pembaziran dan penyelewengan.
  • Mengurus dan mengawal segala pinjaman dan bayaran balik.
  • Mengesyorkan kaedah perolehan yang paling menguntungkan Negeri.
  • Memastikan pelupusan harta dilaksanakan dengan kaedah yang paling menguntungkan Negeri.
  • Memberi khidmat nasihat bagi semua perkara yang berkaitan dengan kewangan.

 

PELANGGAN
Pelanggan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka terdiri daripada 3 kategori :

  • Semua Jabatan Kerajaan Negeri, Jabatan Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri.
  • Syarikat-syarikat, kontraktor dan individu persendirian.
  • "Stakeholders" terdiri daripada YAB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Portal MelakaSistem Pengurusan Aduan AwamIntranet MelakaPortal HRMISPortal e-Bil MelakaSistem eSPEKS

MyGovernementLaman Web JPMPortal Rasmi MAMPULaman Web KSNGerbang SMSMDEC

PENAFIAN :  Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku dan tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.
Hak Cipta © 2014, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka.
Peta Laman | Soalan Lazim | Dasar Privasi dan Keselamatan