Perutusan Pegawai Kewangan Negeri

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam 1 Malaysia

Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II

Salam Melaka 754 Tahun

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya kita dapat melayari laman web Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM).

Laman web ini diperkenalkan kepada umum atas tujuan untuk memberikan informasi tepat dan terkini berhubung perkembangan, perubahan serta pelbagai aktiviti yang dijalankan di JKPNM. Sesungguhnya penggunaan teknologi terkini terutama bidang informasi dan komunikasi amatlah penting dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian awam dan prestasi sesebuah organisasi malahan dapat membantu mendapat maklumbalas secara terus daripada pelanggan-pelanggan.

Saya bagi pihak warga kerja JKPNM merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk melayari laman web rasmi JKPNM. Diharap dengan terhasilnya laman web ini, para pengunjung dapat memperoleh maklumat-maklumat yang berkaitan dengan JKPNM malahan dapat berkongsi pandangan, idea dan maklumat yang boleh membantu JKPNM dalam memberikan perkhidmatan terbaik  kepada para pelanggannya. JKPNM akan meneruskan dengan jitu segala perancangan dan pelan tindakan organisasi selaras dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua anggota JKPNM atas segala sokongan, komitmen, kesungguhan dan sumbangan mereka dalam memantapkan lagi pentadbiran JKPNM. Semoga warga JKPNM akan terus bersama-sama mamacu JKPNM ke tahap yang lebih cemerlang. Insya-Allah, laman web ini akan sentiasa dikemaskini sebagai salah satu cara mempamer dan menyalur informasi secara berkala tanpa henti.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang akan dan telah melayari laman web JKPNM ini. Sokongan, idea dan nasihat daripada anda semua amat kami harapkan dalam usaha untuk menjadikan JKPNM sebuah organisasi bertaraf dunia. Insya-Allah.

 

YB Datuk Roslan Bin Ibrahim

Portal MelakaSistem Pengurusan Aduan AwamIntranet MelakaPortal HRMISPortal e-Bil MelakaSistem eSPEKS

MyGovernementLaman Web JPMPortal Rasmi MAMPULaman Web KSNGerbang SMSMDEC

PENAFIAN :  Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku dan tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.
Hak Cipta © 2014, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka.
Peta Laman | Soalan Lazim | Dasar Privasi dan Keselamatan