Perkhidmatan Online

Tujuan perkhidmatan online ini dibangunkan adalah untuk mempercepatkan dan melicinkan lagi proses kerja dan pengurusan di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM). Terdapat beberapa sistem Online telah dibangunkan dan digunapakai oleh pihak JKPNM.  Berikut merupakan sistem utama dalam pengurusan pihak JKPNM.

1. Sistem eSPEKS

2. Sistem e-Bayar

3. Sistem e-APC

Sistem eSPEKS

eSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. eSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu e-Maklum, e-Payslip dan e-EC.

eSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. eSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam eSPEKS boleh diakses melalui satu (1) skrin login.

Antara kebaikan yang boleh diperolehi melalui eSPEKS adalah seperti berikut :

 Kualiti perkhidmatan di setiap Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat ditingkatkan dimana makluman pembayaran dapat disampaikan kepada kakitangan awam dan pembekal dengan cepat dan mudah.

 Apabila kakitangan di Pejabat Perbendaharaan Negeri tidak lagi dibebankan dengan pertanyaan pembayaran, mereka boleh menumpukan tenaga dan masa mereka kepada tugas-tugasan lain. Secara tidak langsung ini dapat menambahkan produktiviti mereka.

 Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat mengurangkan kos bulanan proses gaji apabila slip gaji tidak perlu dicetak lagi. Slip gaji boleh disemak secara 'online' serta dicetak oleh kakitangan terbabit bila diperlukan.

 Bebanan kerja di Unit Gaji juga dapat dikurangkan apabila slip gaji tidak perlu dicetak, disisih serta dihantar kepada setiap kakitangan yang terbabit. Tumpuan boleh diberi bagi memastikan setiap perubahan gaji yang perlu dilakukan adalah tepat dan betul. Ini dapat mengurangkan masalah semasa proses gaji dijalankan.

 Kebaikan yang sama juga boleh dinikmati apabila penyata tahunan pendapatan dapat dicapai dan dicetak secara 'online' oleh kakitangan awam yang memerlukannya.

Sila klik di sini bagi manual pendaftaran sistem eSPEKS.

Sila klik di sini bagi manual penggunaan sistem eSPEKS.

Sistem e-Bayar

Portal e-Bayar Melaka adalah pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan pembayaran elektronik untuk rakyat Melaka. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah:

 Perbadanan Ketua Menteri

 Jabatan Ketua Menteri

 Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

 Lembaga Perumahan Melaka

 Majlis Perbandaran Alor Gajah

 Majlis Perbandaran Jasin

 Pusat Zakat 

Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam e-Bayar boleh diakses melalui satu (1) skrin login. Bagi pembayaran melalui perkhidmatan e-Bayar Melaka, pengguna hendaklah membuat pendaftaran dahulu melalui Internet online di sini.

Antara kebaikan yang boleh diperolehi melalui e-Bayar adalah seperti berikut :

 Memudahkan pengguna membuat pembayaran melalui internet tanpa hadir ke pejabat.

 Pengguna juga dibenarkan membuat semakan ke atas bil sebelum pembayaran dilakukan.

Sila klik di sini bagi manual penggunaan sistem e-Bayar.

 

Sistem e-APC

e-APC merupakan sistem undian pekerja contoh secara atas talian yang digunakan oleh warga Perbendaharaan Negeri Melaka. e-APC atau e-Anugerah Pekerja Contoh adalah satu produk intranet yang dibangunkan oleh Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka khas untuk warga Perbendaharaan Negeri Melaka bagi memudahkan warga JKPNM mengakses dan mengundi pekerja contoh pada setiap bulan. Setiap pengguna mempunyai satu (1) login ID untuk akses ke sistem e-APC.

Antara kebaikan yang boleh diperolehi melalui e-APC adalah seperti berikut :

 Memudahkan pengguna membuat undian melalui internet.

 Menjimatkan masa kerana e-APC dapat mempercepatkan proses pemilihan pekerja contoh oleh pihak atasan.

 

Portal MelakaSistem Pengurusan Aduan AwamIntranet MelakaPortal HRMISPortal e-Bil MelakaSistem eSPEKS

MyGovernementLaman Web JPMPortal Rasmi MAMPULaman Web KSNGerbang SMSMDEC

 

PENAFIAN :  Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku dan tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.
Hak Cipta © 2014, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka.
Peta Laman | Soalan Lazim | Dasar Privasi dan Keselamatan