|
Strategi
Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri
Melaka telah merancang beberapa strategi yang dapat membantu Kerajaan Negeri bagi memantapkan
kedudukan kewangan dan meningkatkan sosio-ekonomi negeri.
Strategi-strategi tersebut adalah :
|
|
i. |
Menganalisa, memeriksa dan menyediakan dasar-dasar kewangan dan
belanjawan negeri; |
|
|
|
|
ii. |
Mengawasi, menyelaras dan melaporkan
kutipan hasil negeri supaya mencapai tahap maksima; |
|
|
|
|
iii. |
Mengawal dan mengakaun perbelanjaan negeri untuk mengelakkan pembaziran dan penyelewengan; |
|
|
|
|
iv.
|
Mengurus dan mengawal segala pinjaman dan bayaran balik; |
|
|
|
|
v. |
Mengawal pelupusan harta-harta negeri; |
|
|
|
|
vi.
|
Memberi khidmat nasihat bagi semua perkara yang berkaitan dengan
kewangan. |
|
|
Logo Jabatan
| Latar Belakang Organisasi
| Misi
| Visi
| Fungsi
| |
|
| Strategi
| Aktiviti
| | Carta
Organisasi |
Pelanggan |
Piagam
Pelanggan | |
|
Aktiviti
Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan
mempunyai 3 aktiviti utama iaitu Khidmat Pengurusan, Pengurusan Kewangan dan
Pengurusan Perakaunan.
|
i. Khidmat Pengurusan. |
|
Terdiri daripada Unit Pentadbiran
dan Pengurusan Sumber Manusia, Unit Pengurusan Kewangan dan
Pemantauan Audit dan Unit Komputer. Aktiviti utama Unit Pentadbiran
dan Pengurusan Sumber Manusia adalah menguruskan hal ehwal
pentadbiran dan pengurusan sumber manusia. Unit Pengurusan Kewangan
dan Pemantauan Audit menguruskan permohonan Jabatan Negeri mengenai
pinjaman kenderaan / komputer, pendahuluan diri, pelupusan /
hapuskira, pembelian luar kontrak dan oengecualian tender /
sebutharga. Unit ini juga menguruskan kewangan Jabatan, menyediakan
Memorandum Tahunan Laporan Ketua Audit Negara dan menjadi urusetia
penyelaras bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Negeri.
Unit Komputer bertanggungjawab kepada pelaksanaan Sistem Perakaunan
Standard Kerajaan (SPEKS) di samping memastikan semua komputer
jabatan berjalan dengan lancar. |
| |
|
|
ii. Pengurusan Kewangan |
|
Bahagian ini terdiri daripada
Unit Hasil, Unit Belanjawan dan Pinjaman, Unit PErolehan dan Unit
Analisa Pemantauan Pelaburan. Unit Hasil merupakan unit yang baru
ditubuhkan bagi menyelaras dan memantau kutipan hasil disamping
merancang usaha-usaha untuk meningkatkan hasil negeri. Unit
belanjawan dan Pinjaman bertanggungjawab memeriksa permohonan
anggaran peruntukkan tahunan dan tambahan Jabatan-jabatan negeri
serta menyediakan Anggaran Belanjawan untuk diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Negeri / Dewan Undangan Negeri di samping memeriksa dan
memperakukan permohonan pindah peruntukan daripada jabatan-jabatan
Negeri. Unit ini juga menyediakan anggaran dan menguruskan Kumpulan
wang Amanah Pinjaman Perumahan Ahli-ahli Pentadbiran dan Dewan
Undangan Negeri, Pinjaman Persekutuan, Pinjaman Badan-badan Berkanun
dan memproses permohonan-permohonan berkenaan. Unit Perolehan adalah
unit yang baru diluluskan penubuhannya untuk mengurus perolehan
Jabatan-jabatan Negeri dan perlantikan juruperunding di samping
menjadi urusetia bagi Mesyuarat Perolehan (Tender) Negeri. Unit
Analisa Pemantauan Pelaburan merancang, mengawal dan menyelenggara
urusan pelaburan dan rekod perakaunan pelaburan bagi Kerajaan Negeri
dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri disamping menasihati Kerajaan
Negeri dalam semua hal ehwal mengenai pelaburan. |
| |
|
|
iii. Pengurusan Perakaunan |
|
Bahagian ini terdiri
daripada unit Perkhidmatan dan Operasi, dan Unit Akaun. unit
Perkhidmatan dan Operasi bertanggungjawab ke atas kelancaran operasi
Bahagian Perbendaharaan Negeri iaitu meliputi sub-unit Semakan, Gaji
dan Bayaran. unit ini juga memastikan segala hasil dikutip dan
perbelanjaan-perbelanjaan negeri dugunakan untuk tujuan-tujuan yang
diluluskan di samping mengawal segala penerimaan dan pembayaran
serta menentukan segala urusniaga kewangan diakaunkan dengan
sempurna dan betul. Unit Akaun bertanggungjawab ke ast sub-unit
Akaun dan Audit Tunai disamping menyediakan Laporan Penyata Kewangan
Tahunan Kerajaan Negeri, Laporan Baki Bank/Tunai Harian dan Laporan
Prestasi Kewangan. Unit ini juga menjawab teguran-teguran audit yang
berkaitan dengan Penyata Kewangan Negeri, Laporan Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negeri dan menyediakan Pekeliling Penutupan Akaun
Tahunan Perbendaharaan dan Penyediaan Kod Akaun Tahunan Kerajaan
Negeri. |
| |
|
|
|
|
Logo Jabatan
| Latar Belakang Organisasi
| Misi
| Visi
| Fungsi
| |
|
| Strategi
| Aktiviti
| | Carta
Organisasi |
Pelanggan |
Piagam
Pelanggan | |
|
Perjawatan
dan Struktur Organisasi
Mengikut Kelulusan Perjawatan Bil. 63
Tahun 2004 berkuatkuasa 1 Januari, 2004, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan
Negeri mempunyai 3 bahagian yang terdiri daripada unit-unit seperti berikut
:
|
a) |
Bahagian Khidmat Pengurusan : |
|
|
i. |
Unit Pentadbiran dan Pengurusan
Sumber Manusia; |
|
|
ii. |
Unit Pengurusan Kewangan dan
Pemantauan Audit; dan |
|
|
iii. |
Unit Komputer |
|
|
|
|
|
b) |
Bahagian Pengurusan Kewangan |
|
|
i. |
Unit Hasil; |
|
|
ii. |
Unit Belanjawan dan Pinjaman; |
|
|
iii. |
Unit Perolehan; dan |
|
|
iv. |
Unit Analisis dan Pemantauan
Pelaburan. |
|
|
|
|
|
c) |
Bahagian Pengurusan Perakaunan |
|
|
i. |
Unit Perkhidmatan dan Operasi;
dan |
|
|
ii. |
Unit Akaun. |
|
Bilangan Perjawatan
|
BIL |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
JAWATAN TETAP |
JAWATAN KONTRAK |
KOSONG |
JUMLAH |
|
1. |
Pengurusan dan Professional (Kumpulan A) |
10 |
0 |
1 |
10 |
|
2. |
Sokongan 1 (Kumpulan B) |
8 |
0 |
0 |
8 |
|
3. |
Sokongan 1 (Kumpulan C) |
41 |
0 |
2 |
41 |
|
4. |
Sokongan 2 (Kumpulan D) |
8 |
0 |
0 |
8 |
| |
JUMLAH |
67 |
0 |
3 |
67 |
|
|
|
|
|
|
| |
 |
Informasi Setiap Unit
|
|
|
|
|
Logo Jabatan
| Latar Belakang Organisasi
| Misi
| Visi
| Fungsi
| |
|
| Strategi
| Aktiviti
| | Carta
Organisasi |
Pelanggan |
Piagam
Pelanggan | |
| |
|
Pelanggan
Pelanggan Jabatan Kewangan
dan Perbendaharaan Negeri Melaka terdiri daripada 3 kategori :
| |
|
|
i. |
Semua Jabatan Kerajaan
Negeri, Jabatan Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa
Tempatan, Badan Berkanun Negeri; |
| |
|
|
ii. |
Syarikat-syarikat,
kontraktor dan individu persendirian; dan |
| |
|
|
iii. |
"Stakeholders" terdiri
daripada Y.A.B. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
dan Y.B. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. |
|
|
|
|
Logo Jabatan
| Latar Belakang Organisasi
| Misi
| Visi
| Fungsi
| |
|
| Strategi
| Aktiviti
| | Carta
Organisasi |
Pelanggan |
Piagam
Pelanggan | |
|
Piagam
Pelanggan Bahawasanya
wawasan dan matlamat Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka menuntut
kami memberi perkhidmatan cekap, tepat dan mesra kepada
pelanggan-pelanggan kami. Piagam Pelanggan Jabatan Kewangan dan
Perbendaharaan Negeri adalah seperti berikut:
|
|
|
1. |
Layanan yang mesra dan sentiasa
bersedia untuk membantu dan menyelesaikan masalah anda; |
|
|
|
2. |
Setiap permohonan pinjaman
kenderaan dan komputer akan dimaklumkan keputusannya
selewat-lewatnya dalam masa 5 hari bekerja daripada permohonan
diterima; |
|
|
|
3. |
Semua cadangan anggaran
belanjawan akan diberikan pertimbangan berasaskan justifikasi
permohonan dan kemampuan kewangan Kerajaan; |
|
|
|
4. |
Memastikan baucar bayaran
disediakan selewat-lewatnya 3 hari bekerja dengan dokumen
sokongan yang lengkap; |
|
|
|
5. |
Kami berjanji untuk menjawab
surat-surat yang memerlukan kelulusan dalam masa selewat-lewatnya 7
hari bekerja dari tarikh surat diterima dengan dokumen sokongan yang
lengkap ; |
|
|
|
6. |
Mengeluarkan cek bayaran dalam
tempoh 3 hari dari tarikh baucar bayaran diterima sekiranya mematuhi
segala peraturan kewangan; |
|
|
|
7. |
Memastikan bayaran gaji kakitangan
awam melalui sistem gaji berkomputer dibayar pada tarikh yang
ditetapkan; |
|
|
|
8. |
Memastikan semua potongan yang dibuat
melalui gaji kakitangan dihantar kepada agensi-agensi berkenaan pada
hari terakhir minggu pertama setiap bulan; |
|
|
|
9. |
Penyata gaji bulanan diedarkan
kepada jabatan 3 hari sebelum tarikh bayaran setiap bulan; |
|
|
|
10. |
Laporan gaji bulanan dihantar
kepada semua jabatan sebelum 15 haribulan pada setiap bulan; |
|
|
|
11. |
Sijil gaji akhir (LPC)
dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima; |
|
|
|
12. |
Laporan bulanan (flimsi)
diedarkan sebelum 10hb pada bulan berikutnya; |
|
|
|
13. |
Resit Terimaan dikeluarkan 3 hari
dari tarikh terimaan penyata pemungut daripada bank. |
|
|
|
Logo Jabatan
| Latar Belakang Organisasi
| Misi
| Visi
| Fungsi
| |
|
| Strategi
| Aktiviti
| | Carta
Organisasi |
Pelanggan |
Piagam
Pelanggan | |
| |
| |